Tuesday, May 3, 2011

2 Tahun sudah berlalu____pergi meninggalkan utk selamanya

Assalamualaikum wwt...
Hari ini entri bertajuk sedih.. mengisahkan tentang keluarga yg terdekat telah meninggalkan kami semua buat selamanya. Brahima bin Tasakka meninggal dunia pada 3 Mei 2009.Datok sebelah mama dan teringat pula dari salah seorg family kami juga lahir pada tarikh tersebut. Mesti masa dia terdengar berita sedih ini,itulah khabar d hari jadinya yg patut d sampaikan kepadanya. Tetapi ini bukan bermaksud hadiah d hari jadimu.. tiada org boleh menahan hari untuk pemergian seseorg..ehem2.Percaya kepada Qada' dan qadar. Sesungguhnya Allah s.w.t itu maha Agung... Cukup menderita sebelum arwah pergi meninggalkan kami sekeluarga kerana setiap masa arwah sering mencari kenalan dahulu yg masih hidup untuk meminta maaf. Terlalu banyak kenangan yang masih mekar dan subur yang bermain di fikiran setiap cucunya. Hari ini aku teringin sangat untuk pergi menziarah kubur atok tapi aku berada jauh. insyaAllah panjang umur smpai d Tawau dengan selamat aku akan ziarah kubur atok bersama  mama n abahku. teringat selalu mainan teka teki yg selalu menjadi perbalahan..hehehe..Atok seorang yang lucu dan sering mengajar anaknya dan cucu cicitnya erti bersyukur. rindu sangat2 dengan arwah atokku... banyak kisah yang ingin d kongsi tentang arwah atok. tetapi aku mau menhabiskan d sini sahaja.. cukup setakat melunaskan hajat untuk menulis tajuk entri dan serba sedikit tentang pemergian org yang tersayang. semoga roh Allahyarham berada dalam kalangan org yang baik2 saja. Al-Fatihah~ ~ ~

No comments:

Post a Comment